Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, March 11, 2011

Senarai Orang Terkaya Di Dunia 2011


Menurut Majah Forbes,

Carlos Slim Helu merupakan orang yang terkaya di Planet Bumi aka Dunia ni.. Jumlah kekayaan yang dimiliki oleh taikun telekomunikasi Mexico ini mencecah AS$74 billion (RM224.7 billion)..mak datok kaya beb..buleh tido bertilamkan wang kertas dan mandi berairkan wang kertas gak..Perghhh kaya gila!!!(xtaw nak cakap). Carlos Slim Berjaya menduduki ranking pertama mengalahkan pengasas Microsoft iaitu Bill Gates (dulu dia ni la paling kaya, lani orang lain dah amek tempat dia dah…huhuu)..Sapa nak pikat Carlos ni bleh la sebab dia ni duda anak 6 kot…umoq 71..(Jangan dok Nampak kaya dunia ja, kat akhirat sana tak taw lagi macam mana..hukhukhuk)

Rangking ke-2 Bill Gates dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$56 billion (RM170 billion).

Bill Gates

Rangking ke-3 Warren Buffet iaitu pelabur Amerika yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$50 billion. Nombor 2 terkaya di Amerika.

Warren Buffet

Rangking ke-4 Bernard Arnault, taikun barangan mewah (Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH)) dari Perancis. Kekayaan yang dianggarkan AS$41 billion. Kedudukan nombor 1 terkaya di Perancis.

Bernard Arnault

Rangking ke-5, pengasas Oracle, Larry Ellison yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$39.5 billion. Tempat ketiga terkaya kat Amerika.

Larry Ellison

Rangking ke-26 Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud, pelabur dari Arab Saudi (satu-satunya orang muslim yang kaya dalam top 30 terkaya dunia).

Alwaleed Bin Talal Alsaud

Rangking ke-52, pengasas Facebook Mark Zuckerberg (antara jutawan muda) yang memiliki kekayaan berjumlah AS$13.5 billion(RM40.9 billion).

Jutawan Malaysia, iaitu raja gula Tan Sri Robert Kuok berada pada Rangking ke-61 dan kekayaan yang dimiliki dianggarkan sebanyak AS$8.3 billion (RM25.2 billion). Robert Kuok berjaya mengenepikan kedudukan pengasas syarikat Apple iaitu Jobs Steve yang kini berada pada Rangking ke-110.

Rangking ke-93, Tan Sri Ananda Krishnan taikun telekomunikasi Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.5 billion (RM28.8 billion).

Lain-lain jutawan atau billionair Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng daripada sektor perladangan menduduki Rangking ke-208, dengan kekayaan AS$5 billion (RM 15.1 billion).

Rangking ke-219 Tan Sri Quek Leng Chen memiliki kekayaan AS$4.8 billion (RM14.5 billion).

Rangking ke-229 Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan berjumlah AS$4.7 billion (RM14.2 billion).

Rangking ke-420 Tan Sri Yeoh Tiong Lay dengan kekayaan AS$2.7 billion (RM8.1 billion).

Rangking ke-459 Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, pengasas Yayasan Al Bukhary memiliki kekayaan dianggarkan sebanyak AS$2.5 billion (RM7.5 billion).

Syed Mokhtar Al Bukhary

No comments:

Post a Comment

///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart