Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, March 28, 2011

Info Penting Berkenaan Kesan Radiasi Nuklear Jepun.

Meh aku nak kongsi sikit pasai kesan radiasi nuklear kat Jepun 2...setakat ni Paras radioaktif di perairan Jepun meningkat semalam...Loji nuklear Daiichi, Fukushima bocor akibat gempa bumi...sama2lah kita berdoa agar semuanya selamat dan kesan 2 tak merebak jauh sampai ke Malaysia ni...

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, jika seseorang itu mengalami pendedahan radiasi yang banyak di antara : -

  • 50 hingga 100 millisievert, mangsa akan mengalami perubahan bahan kimia dalam darah.
  • 100 ke 500 millisievert, dia akan berasa mual atau loya.
  • melebihi 500 sehingga 700 millisievert Seseorang itu akan muntah-muntah jika terkena pancaran radiasi tersebut.
  • 700 ke 750 millisievert rambut akan gugur dalam tempoh hanya dua hingga tiga minggu jika terkena radiasi.
  • 750 hingga 900 millisievert, pesakit akan mengalami cirit-birit.
  • 900 hingga ke 1,000 millisievert pendarahan akan berlaku apabila seseorang itu terkena pendedahan bahan radiasi
  • 1,000 hingga 4,000 millisievert. Kematian boleh berlaku dalam tempoh dua bulan jika seseorang itu terdedah pada radiasi jika tidak mendapatkan rawatan.
  • 4,000 hingga 10,000 millisievert akan menyebabkan Dinding usus rosak, pendarahan dalaman bakal berlaku dan seseorang itu boleh mati dalam tempoh di antara satu hingga dua minggu jika terdedah pada pancaran radiasi.
  • 10,000 hingga 20,000 millisievert pula Pendedahan radiasi yang tinggi akan menyebabkan kerosakan sistem saraf tunjang dan boleh membawa maut hanya dalam tempoh masa beberapa jam.


sumber info : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Friday, March 18, 2011

Hilang Bosan..

Sambil2 dok wat keja 2 best lak bila dengar lagu ni...
Ulang 10x pon jadi tak jemu...leh relax jap otak nih...huhuu

Tajuk lagu nie Bunga-bunga Cinta OST Mihrab Cinta...filem indon maa...

Jom layannn lagu nyanyian oleh Dude feat Asmirandah...(jangan sampai tidoQ sudaa..kuikuikui)

Bunga-bunga Cinta (OST Mihrab Cinta)

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


Friday, March 11, 2011

Senarai Orang Terkaya Di Dunia 2011


Menurut Majah Forbes,

Carlos Slim Helu merupakan orang yang terkaya di Planet Bumi aka Dunia ni.. Jumlah kekayaan yang dimiliki oleh taikun telekomunikasi Mexico ini mencecah AS$74 billion (RM224.7 billion)..mak datok kaya beb..buleh tido bertilamkan wang kertas dan mandi berairkan wang kertas gak..Perghhh kaya gila!!!(xtaw nak cakap). Carlos Slim Berjaya menduduki ranking pertama mengalahkan pengasas Microsoft iaitu Bill Gates (dulu dia ni la paling kaya, lani orang lain dah amek tempat dia dah…huhuu)..Sapa nak pikat Carlos ni bleh la sebab dia ni duda anak 6 kot…umoq 71..(Jangan dok Nampak kaya dunia ja, kat akhirat sana tak taw lagi macam mana..hukhukhuk)

Rangking ke-2 Bill Gates dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$56 billion (RM170 billion).

Bill Gates

Rangking ke-3 Warren Buffet iaitu pelabur Amerika yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$50 billion. Nombor 2 terkaya di Amerika.

Warren Buffet

Rangking ke-4 Bernard Arnault, taikun barangan mewah (Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH)) dari Perancis. Kekayaan yang dianggarkan AS$41 billion. Kedudukan nombor 1 terkaya di Perancis.

Bernard Arnault

Rangking ke-5, pengasas Oracle, Larry Ellison yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$39.5 billion. Tempat ketiga terkaya kat Amerika.

Larry Ellison

Rangking ke-26 Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud, pelabur dari Arab Saudi (satu-satunya orang muslim yang kaya dalam top 30 terkaya dunia).

Alwaleed Bin Talal Alsaud

Rangking ke-52, pengasas Facebook Mark Zuckerberg (antara jutawan muda) yang memiliki kekayaan berjumlah AS$13.5 billion(RM40.9 billion).

Jutawan Malaysia, iaitu raja gula Tan Sri Robert Kuok berada pada Rangking ke-61 dan kekayaan yang dimiliki dianggarkan sebanyak AS$8.3 billion (RM25.2 billion). Robert Kuok berjaya mengenepikan kedudukan pengasas syarikat Apple iaitu Jobs Steve yang kini berada pada Rangking ke-110.

Rangking ke-93, Tan Sri Ananda Krishnan taikun telekomunikasi Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.5 billion (RM28.8 billion).

Lain-lain jutawan atau billionair Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng daripada sektor perladangan menduduki Rangking ke-208, dengan kekayaan AS$5 billion (RM 15.1 billion).

Rangking ke-219 Tan Sri Quek Leng Chen memiliki kekayaan AS$4.8 billion (RM14.5 billion).

Rangking ke-229 Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan berjumlah AS$4.7 billion (RM14.2 billion).

Rangking ke-420 Tan Sri Yeoh Tiong Lay dengan kekayaan AS$2.7 billion (RM8.1 billion).

Rangking ke-459 Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, pengasas Yayasan Al Bukhary memiliki kekayaan dianggarkan sebanyak AS$2.5 billion (RM7.5 billion).

Syed Mokhtar Al Bukhary

Thursday, March 10, 2011

Unique Lamp ( Lamp+Chair)


Pernah tak korang tengok lampu unik yang macam ni...Kedua-dua objek ini telah digabungkan menjadi satu rekaan yang unik...


Lampu ini dinamakan 'The Poets' dan ia merupakan satu eksperimen daripada Studio Nieuwe Heren.

Lampu ini berfungsi bukan hanya sekadar lampu tetapi boleh digunakan untuk duduk, dan jika tidak ingin menggunakannya just lipat and then letak kat tepi dinding macam dalam gambar.

Hmm kat Malaysia da tak eh...nk beli 1 la wat koleksi kat umah...hikhikhik

Tuesday, March 8, 2011

Percaya atau Tidak?



Wow! amazing betul…gila kentang, banyak betul ketam-ketam ni.??(terpaku sat, MasyaAllah banyaknya)

Haa nilah ketam merah ‘Red Crab’ yang tinggal kat Pulau Krismas ( Christmas Island) kat Australia nu..kat sana ja da ketam ni taw..


Saiz ketam merah Pulau Krismas. (uishh besaq gak noh, kalo leh makan sedap gak nih...ahakz)

Hmm pada musim hujan setiap tahun iaitu bulan Oktober atau November, ketam-ketam ini akan berhijrah dari hutan ke laut untuk bertelur dan melepaskan telur-telur ke dalam laut. Ketam-ketam ni ambik masa perjalanan lebih kurang 2 bulan dari hutan ke laut..lama gak kan.huhuu.. penghijrahan ini akan diketuai oleh ketam jantan, iaitu ia akan berada di hadapan diikuti ketam betina dibelakang. Ketam jantan akan kembali semula ke hutan, dan kemudian ketam betina pula akan balik ke hutan bersama anak-anaknya (newborn).

Anak-anak ketam yang baru menetas.

Apabila berlakunya migrasi ketam-ketam ini, semua jalan akan dipenuhi bukan saja ribuan malahan jutaan ketam. Agak2-agak takut tak kalau kena kerumun ngan ketam yang banyak2 camni?hahaa.. mati kot sebab kena gigit(sekadar penambah perisa..huahuahua)

Bayangkan siap da signboard lagi kat jalan di Pulau Krismas ni..dasyat2…

Awas! Ketam Melintas di kawasan ini. (kat Malaysia awas lembu melintas di hadapan)

Ketam-ketam sedang lintas jalan, ati-ati jangan langgaq.


Bila dah banyak sangat populasi ketam ni, sampai kat taman permainan kanak-kanak pon ada. (bersepah-sepah merata tempat, kalo leh makan dah tangkap wat gulai ngan nanas...perghh sedap kot)

p/s: nak tengok yang lebih real please view video kat bawah nih atau klik kt link...\(^_^)/




Friday, March 4, 2011

iPad 2 - komputer tablet iPad versi 2


Syarikat Apple telah mengeluarkan versi kedua iPad iaitu iPad 2. Pengasas syarikat Apple Steve Jobs telah memperkenalkan iPad 2 kepada umum pada 2 Mac baru-baru ni. Komputer tablet iPad versi 2 ini lebih canggih daripada sebelum ini. Antara ciri-ciri iPad 2 ialah :-


  • lebih nipis, ringan dan mempunyai pemprosesan (dual core) yang lebih cepat.
  • Dilengkapi dua buah kamera untuk merakam foto serta perbualan video.
  • ketebalan : 8.8 milimeter (iPad 13.4 milimeter) lebih nipis daripada iPhone 4.
  • Warna : hitam dan putih


Kepada sapa-sapa yang berminat nak beli iPad 2 ni kena tunggu 11 Mac ni la yer baru da kat pasaran dengan harga RM1,512 hingga RM2,513 depends kepada kapasiti memori dan kebolehan bersambung dengan Internet melalui talian selular. Canggih bebb!!!rugi kalo xbeli...huhuhuu



Hebatkan omputih nie macam2 benda depa dah buat n cipta, orang kita bila lagi nak wat cam 2..??

p/s: kalO la aku da duit berjuta-jutaaaaa(tiru gaya Apek Saiful dalam Jutawan Fakir...hihiihii) memang nak beli la, bukan 1 tapi 10 leh bagi kat adik beradik...(hahaaa..berangan sat).


Thursday, March 3, 2011

How To Sign in Two YM at The Same Time.

Taw dak sebenarnya da cara yang membolehkan kita sign in ke yahoo messenger lebih daripada satu (1) pada satu masa...Nak taw macam mana?Hehee...Bagi la pengeras dulu baru leh kasik taw...hohoho..aku dapat taw daripada member time study kat poli dulu, dia yang tolong ajarkan..
Lani aku nak kongsi dengan hampa semua pulak. (aku nie bukan jenis kedekut ilmu yer)...

Hmm meh sini nak ajaQ bagi..Senang jer nak wat...Ikut je langkah or tutorial ringkas yang aku wat neh...


Step 1 :
Klik pada Start --> Run --> taip regedit n then click OK.
paparan Registry Editor akan muncul seperti ini. (yang ni windows 7 punya edisi)



Step 2 :
Double click pada menu sebelah kiri : HKEY_CURRRENT_USER --> Software --> Yahoo --> Pager --> Test

Step 3 :
Right click pada ruang sebelah kanan --> New --> pilih DWORD value atau DWORD (32-bit) value.

Step 4 :
Rename New Value#1 to Plural.

Step 5 :
Right click pada Plural tadi pilih Modify. Paparan Edit DWORD Value akan muncul. Masukkan nilai 1 pada ruang Value data = 1, then klik OK. (jangan ubah apa2, ikut jer step yang ni.)



Step 6 :
Langkah terakhir, refresh komputer anda, try sign kat ym. Sign in 2 ym. Tengok jadik x?
Kalo xjadik sila ikut semula step 1-6 dengan betul..

Nie la hasilnya..aku dapat sign in ketiga-tiga ym ak...(hohoo...tamak gila sampai da 3 ym..)




Selamat Mencuba & Selamat Berjaya.


p/s: Untuk Windows sahaja yer...
///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart