Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, May 11, 2011

CONVOCATION DAY 9/5/2011





Assalamualaikum...Alhamdulillah semuanya dah selamat n everything was going smoothly...baru skunk bergelar graduan...^_^, Waaa...syok sesangat dapat jumpa member2 klaz n member poli, walaupun da yang xdapat hadir atas sebab2 tertentu...

Well, yang xdapat hadir konvo 2 jangan sedey2 kay...ini adalah qada qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t...yang pastinya setiap apa yang berlaku da hikmah disebaliknya...kena terima la ngan hati yang terbuka dan redha dengan jalan-Nya...


semoga kita dapat berjumpa lagi yer kengkawan...(xsabaQ tunggu reunion nanti...bila agaknya yer??)


wif my luvly mak n ayah...


i LOVE U sooo much, mak ayah..i wanna be a gud daughter.


wif my clazmates, from right <-- wan, nita, effa n me...

wif my luvly sis..my second sis =)



bersama ayu...geng balek kg nek tren...hihii ('',)





Thursday, May 5, 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?






"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah t

ak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

KonVo

Assalamualaikum..

Pinn pinn pinn pinn...bunyik hon moto abang posmen..tu tandanya da surat sampai kat umah..(surat sapa yer...)

Jeng jengg...tudia sampai dah surat yang aku tunggu-tunggu selama ni...

Tarraaaaa....surat jemputan konvo ke PTSS..."yess...ahahaa at last, almost one year tunggu surat ni, dapat ugak aku meqhasa konvo"kata atyku gembira bukan kepalang.

Hmm dah siap baca dat invitation letter, trus jer roger2 member yang lain..
"weh, dah dapat ke surat konvo??'tanya aku pada effa my bff..heee(mood excited)
"bila dapat? aku xdapat lagi" jawab effa..
"loll...pasaipa xdapat g...bek p cek kat pejabat pos, kita nak kena reply blik kat poli ni, kang xsempat lak"kata aku
"hmm ok xper2 t aku swuh abah aku cek"balas effa...

Hari Konvokesyen Kali ke-5 POliteknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Arau akan diadakan pada 9 Mei 2011 bersamaan hari Isnin. Bersama ini disertakan borang jawapan kehadiran konvokesyen berserta slip sewaan jubah sebanyak RM150.oo dan slip tempahan cenderahati Rm 75.o0 bagi yang berminat. Sila poskan kepada pihak poli bla bla bla.....haa tu lah antara kandungan surat tersebut.

Haty ni terpikir" aishh banyak gak nak guna duet nih, nak amek ka x ekk cenderahati 2...(mahaii lak)" pikir punya pikir siap mintak pendapat mak ayah n bestfren aku..

finally i make the decision, so amek je la...bukan selalu pon...sekali jer..."wat kenangan xrugi aih"bak kata my besfren, effa..

ok pas duet sewa jubah n cenderahati nak kena wat preparation beli baju, kasut n beg baru...semuanya baru (konon2 nak bergaya sakan masa konvo tu..ahakzz)

Part yang xbest bila dapat taw xsuma member klaz akan join konvo...owhh tidakk...xdapat la nak jumpa balik geng2 klaz pada hari yang bersejarah (bagi aku la) tersebut. Mostly yang xdapat join sebab depa (mereka) da exam pada hari yang sama. Macam mana nak wat bagi suma hadir??

Cadangan penangguhan hari konvo telah dikemukakan oleh pelajar2 yang xdapat hadir kepada Alumni PTSS...tunggu punya tunggu, last2 resultnya hari konvo xdapat diubah sebab xdapat persetujuan Raja Perlis.

hmm xpa redha jer la...xdapat jumpa suma member time 2 pon xpa...kita jumpa time reunion nanti la..sabar yer kengkawan..kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. Dia lebih mengetahui da hikmah disebalik semua yang jadik nih...

mood:counting the days...insyaAllah i'll be there...see yaa

p/s: sapa yang p konvo nanti kita amek gambaq bebanyak ekk..nak framekan wat kenangan Terindah...yeaayyy...









Tuesday, May 3, 2011

testing...testing

hahaha...testing jer nih...
tetiba ja text kat blog aku ni xleh tukar warna...kat mana yang xkena nih...adoiyaiii
aishh...dh cari tapi xdapat lak detect kat mna yag error 2...
da prob kat tags html ka??setau aku, aku xdak la ubah apa2 kt dia pnya setting nih...
alamak!!!xbest la tulisan xdak kaler2...aiseyman...nk mintak tolong sapa ekk??
nak kena tukaq template baru ka...(ala xmo aku suka n xjemu lagi gn template skg ni...nati dh cemuih aku tukaq la..huwaaa)
dok qosek2 xjumpa gak, last2 biaq ja la...bukan penting sgt pown....byk g keja aku lehwat daqi dok p cari pa yang xkena kt my blog ni...
so , biarkan jela...
huhuhuhu

=) =P (^_^) =D

Friday, April 29, 2011

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila

haishh mmg merepek..sayer copy je nie..just untok suka2 je taw.. hehe..

sapa laa yang kretip nak pikiaq suma benda merepek ni kan...hehehe..btw, yang penting kita enjoy!!!!


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”
. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

HAHAHA

p/s : just nk hiburkan hati ye nie.. jgn tiru aksi ini.. hehe..

Friday, April 15, 2011

INTAKE BARU JUN 2011

Assalamualaikum...

en3 kali nie nak promote sikit kat blog...hehe ni pasai keja aku la..Jabatan Oil & Gas, KISMEC nak wat Intake Baru sesi Jun 2011 untuk Kursus NDT-NonDestructive Testing dan Kursus AWS Certified Welder (6G) .


Kepada sesiapa yang berminat meh la join kursus2 nih..yuran kursus free pastu dapat elaun lagi tiap2 bulan...haa sapa yang xmau 2 memang rugi la...(aku nak tapi xlayak, xdak kelulusan dalam syarat kelayakan..uhuhu)


Syarat kelayakan Kursus NDT - NonDestructive Testing :

  • Warganegara Malaysia

  • Diploma/Ijazah denganCGPA 2.5 ke atas. - Kejuruteraan Awam - Mekatronik - Mekanikal - Kimpalan - Sains atau yang berkaitan.
  • TEMPOH : 7 Bulan (4 bulan training + 3 bulan practical)

  • Asrama disediakan.



Syarat Kelayakan Kursus AWS Certified Welder (6G)



  • Warganegara Malaysia

  • Sijil Kimpalan (SKM / MLVK tahap 1 dan 2)

  • TEMPOH : 12 Bulan (9 bulan training + 3 bulan practical)

  • Asrama disediakan.

Jika berminat dan sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi saya, Cik Syazana di talian 04-4423271


atau


mohon secara online di http://www.kismec.org.my/

Monday, March 28, 2011

Info Penting Berkenaan Kesan Radiasi Nuklear Jepun.

Meh aku nak kongsi sikit pasai kesan radiasi nuklear kat Jepun 2...setakat ni Paras radioaktif di perairan Jepun meningkat semalam...Loji nuklear Daiichi, Fukushima bocor akibat gempa bumi...sama2lah kita berdoa agar semuanya selamat dan kesan 2 tak merebak jauh sampai ke Malaysia ni...

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, jika seseorang itu mengalami pendedahan radiasi yang banyak di antara : -

  • 50 hingga 100 millisievert, mangsa akan mengalami perubahan bahan kimia dalam darah.
  • 100 ke 500 millisievert, dia akan berasa mual atau loya.
  • melebihi 500 sehingga 700 millisievert Seseorang itu akan muntah-muntah jika terkena pancaran radiasi tersebut.
  • 700 ke 750 millisievert rambut akan gugur dalam tempoh hanya dua hingga tiga minggu jika terkena radiasi.
  • 750 hingga 900 millisievert, pesakit akan mengalami cirit-birit.
  • 900 hingga ke 1,000 millisievert pendarahan akan berlaku apabila seseorang itu terkena pendedahan bahan radiasi
  • 1,000 hingga 4,000 millisievert. Kematian boleh berlaku dalam tempoh dua bulan jika seseorang itu terdedah pada radiasi jika tidak mendapatkan rawatan.
  • 4,000 hingga 10,000 millisievert akan menyebabkan Dinding usus rosak, pendarahan dalaman bakal berlaku dan seseorang itu boleh mati dalam tempoh di antara satu hingga dua minggu jika terdedah pada pancaran radiasi.
  • 10,000 hingga 20,000 millisievert pula Pendedahan radiasi yang tinggi akan menyebabkan kerosakan sistem saraf tunjang dan boleh membawa maut hanya dalam tempoh masa beberapa jam.


sumber info : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Friday, March 18, 2011

Hilang Bosan..

Sambil2 dok wat keja 2 best lak bila dengar lagu ni...
Ulang 10x pon jadi tak jemu...leh relax jap otak nih...huhuu

Tajuk lagu nie Bunga-bunga Cinta OST Mihrab Cinta...filem indon maa...

Jom layannn lagu nyanyian oleh Dude feat Asmirandah...(jangan sampai tidoQ sudaa..kuikuikui)

Bunga-bunga Cinta (OST Mihrab Cinta)

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


Friday, March 11, 2011

Senarai Orang Terkaya Di Dunia 2011


Menurut Majah Forbes,

Carlos Slim Helu merupakan orang yang terkaya di Planet Bumi aka Dunia ni.. Jumlah kekayaan yang dimiliki oleh taikun telekomunikasi Mexico ini mencecah AS$74 billion (RM224.7 billion)..mak datok kaya beb..buleh tido bertilamkan wang kertas dan mandi berairkan wang kertas gak..Perghhh kaya gila!!!(xtaw nak cakap). Carlos Slim Berjaya menduduki ranking pertama mengalahkan pengasas Microsoft iaitu Bill Gates (dulu dia ni la paling kaya, lani orang lain dah amek tempat dia dah…huhuu)..Sapa nak pikat Carlos ni bleh la sebab dia ni duda anak 6 kot…umoq 71..(Jangan dok Nampak kaya dunia ja, kat akhirat sana tak taw lagi macam mana..hukhukhuk)

Rangking ke-2 Bill Gates dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$56 billion (RM170 billion).

Bill Gates

Rangking ke-3 Warren Buffet iaitu pelabur Amerika yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$50 billion. Nombor 2 terkaya di Amerika.

Warren Buffet

Rangking ke-4 Bernard Arnault, taikun barangan mewah (Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH)) dari Perancis. Kekayaan yang dianggarkan AS$41 billion. Kedudukan nombor 1 terkaya di Perancis.

Bernard Arnault

Rangking ke-5, pengasas Oracle, Larry Ellison yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$39.5 billion. Tempat ketiga terkaya kat Amerika.

Larry Ellison

Rangking ke-26 Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud, pelabur dari Arab Saudi (satu-satunya orang muslim yang kaya dalam top 30 terkaya dunia).

Alwaleed Bin Talal Alsaud

Rangking ke-52, pengasas Facebook Mark Zuckerberg (antara jutawan muda) yang memiliki kekayaan berjumlah AS$13.5 billion(RM40.9 billion).

Jutawan Malaysia, iaitu raja gula Tan Sri Robert Kuok berada pada Rangking ke-61 dan kekayaan yang dimiliki dianggarkan sebanyak AS$8.3 billion (RM25.2 billion). Robert Kuok berjaya mengenepikan kedudukan pengasas syarikat Apple iaitu Jobs Steve yang kini berada pada Rangking ke-110.

Rangking ke-93, Tan Sri Ananda Krishnan taikun telekomunikasi Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.5 billion (RM28.8 billion).

Lain-lain jutawan atau billionair Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng daripada sektor perladangan menduduki Rangking ke-208, dengan kekayaan AS$5 billion (RM 15.1 billion).

Rangking ke-219 Tan Sri Quek Leng Chen memiliki kekayaan AS$4.8 billion (RM14.5 billion).

Rangking ke-229 Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan berjumlah AS$4.7 billion (RM14.2 billion).

Rangking ke-420 Tan Sri Yeoh Tiong Lay dengan kekayaan AS$2.7 billion (RM8.1 billion).

Rangking ke-459 Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, pengasas Yayasan Al Bukhary memiliki kekayaan dianggarkan sebanyak AS$2.5 billion (RM7.5 billion).

Syed Mokhtar Al Bukhary

Thursday, March 10, 2011

Unique Lamp ( Lamp+Chair)


Pernah tak korang tengok lampu unik yang macam ni...Kedua-dua objek ini telah digabungkan menjadi satu rekaan yang unik...


Lampu ini dinamakan 'The Poets' dan ia merupakan satu eksperimen daripada Studio Nieuwe Heren.

Lampu ini berfungsi bukan hanya sekadar lampu tetapi boleh digunakan untuk duduk, dan jika tidak ingin menggunakannya just lipat and then letak kat tepi dinding macam dalam gambar.

Hmm kat Malaysia da tak eh...nk beli 1 la wat koleksi kat umah...hikhikhik

Tuesday, March 8, 2011

Percaya atau Tidak?



Wow! amazing betul…gila kentang, banyak betul ketam-ketam ni.??(terpaku sat, MasyaAllah banyaknya)

Haa nilah ketam merah ‘Red Crab’ yang tinggal kat Pulau Krismas ( Christmas Island) kat Australia nu..kat sana ja da ketam ni taw..


Saiz ketam merah Pulau Krismas. (uishh besaq gak noh, kalo leh makan sedap gak nih...ahakz)

Hmm pada musim hujan setiap tahun iaitu bulan Oktober atau November, ketam-ketam ini akan berhijrah dari hutan ke laut untuk bertelur dan melepaskan telur-telur ke dalam laut. Ketam-ketam ni ambik masa perjalanan lebih kurang 2 bulan dari hutan ke laut..lama gak kan.huhuu.. penghijrahan ini akan diketuai oleh ketam jantan, iaitu ia akan berada di hadapan diikuti ketam betina dibelakang. Ketam jantan akan kembali semula ke hutan, dan kemudian ketam betina pula akan balik ke hutan bersama anak-anaknya (newborn).

Anak-anak ketam yang baru menetas.

Apabila berlakunya migrasi ketam-ketam ini, semua jalan akan dipenuhi bukan saja ribuan malahan jutaan ketam. Agak2-agak takut tak kalau kena kerumun ngan ketam yang banyak2 camni?hahaa.. mati kot sebab kena gigit(sekadar penambah perisa..huahuahua)

Bayangkan siap da signboard lagi kat jalan di Pulau Krismas ni..dasyat2…

Awas! Ketam Melintas di kawasan ini. (kat Malaysia awas lembu melintas di hadapan)

Ketam-ketam sedang lintas jalan, ati-ati jangan langgaq.


Bila dah banyak sangat populasi ketam ni, sampai kat taman permainan kanak-kanak pon ada. (bersepah-sepah merata tempat, kalo leh makan dah tangkap wat gulai ngan nanas...perghh sedap kot)

p/s: nak tengok yang lebih real please view video kat bawah nih atau klik kt link...\(^_^)/




Friday, March 4, 2011

iPad 2 - komputer tablet iPad versi 2


Syarikat Apple telah mengeluarkan versi kedua iPad iaitu iPad 2. Pengasas syarikat Apple Steve Jobs telah memperkenalkan iPad 2 kepada umum pada 2 Mac baru-baru ni. Komputer tablet iPad versi 2 ini lebih canggih daripada sebelum ini. Antara ciri-ciri iPad 2 ialah :-


  • lebih nipis, ringan dan mempunyai pemprosesan (dual core) yang lebih cepat.
  • Dilengkapi dua buah kamera untuk merakam foto serta perbualan video.
  • ketebalan : 8.8 milimeter (iPad 13.4 milimeter) lebih nipis daripada iPhone 4.
  • Warna : hitam dan putih


Kepada sapa-sapa yang berminat nak beli iPad 2 ni kena tunggu 11 Mac ni la yer baru da kat pasaran dengan harga RM1,512 hingga RM2,513 depends kepada kapasiti memori dan kebolehan bersambung dengan Internet melalui talian selular. Canggih bebb!!!rugi kalo xbeli...huhuhuu



Hebatkan omputih nie macam2 benda depa dah buat n cipta, orang kita bila lagi nak wat cam 2..??

p/s: kalO la aku da duit berjuta-jutaaaaa(tiru gaya Apek Saiful dalam Jutawan Fakir...hihiihii) memang nak beli la, bukan 1 tapi 10 leh bagi kat adik beradik...(hahaaa..berangan sat).


///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart