Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, December 9, 2010

Senarai Semak 4 : Fobia Sosial

Di dalam artikel Senarai Semak 1 : Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder) di mana menerangkan mengenai gejala-gejala pesakit yang sering mengalami tekanan. Dan di artikel Gangguan Panik dan Agoraphobia merupakan senarai semak 2 dan 3 yang menerangkan simptom-simptom gangguan panik.

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda takut atau berasa malu diperhati, dijadikan penumpuan atau takut dipermalukan? Ini termasuk keadaan seperti bercakap di depan orang awam, makan di tempat awam atau bersama orang lain, menulis sambil diperhati oleh orang lain, atau berada dalam keadaan sosial.

ATAU / DAN

Adakah ketakutan ini berlebihan atau tidak beralasan?

ATAU / DAN

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya atau menderita?

DAN

Adakah ketakutan ini mengganggu pekerjaan atau fungsi sosial anda atau menyebabkan tekanan yang ketara?

Jika YA untuk SEMUA di atas…

Maka anda kini menghadapi Fobia Sosial!

Fobia sosial jika dilihat dari sudut keseluruhannya adalah tidak begitu membahayakan tetapi ia memberikan pengaruh besar terhadap kehidupan pesakit tersebut. Kualiti pekerjaan dan kehidupan seharian amatlah bergantung lepada sejauh mana keberkesanan seseorang untuk berkomunikasi atau bersosial dengan orang disekelilingnya. Maka, jangan malu untuk mendapatkan rawatan sekiranya anda adalah salah seorang yang mengalami Fobia Sosial ini!

Artikel ditulis oleh Nurul Hakimah Khairir.

rujukan : http://psipum.org/senarai-semak-4-fobia-sosial-social-phobia/

Senarai Semak 1 : Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder)


Adakah anda sedar bahawa anda mungkin mengalami masalah mental? Sekiranya anda mempunyai sejarah latar belakang masalah mental seperti Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder), Gangguan Panik (Anxiety Disorder), Agorafobia, Fobia Sosial, Gangguan Obsesi-Kompulsi (Obssesive Compulsive Disorder) dan lain-lain, anda bungkin mengalaminya tanpa anda sedari!

Maka, sempena 10 Oktober 2010 : Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia, mari kita sama-sama melihat senarai semak masalah-masalah kesihatan mental yang mungkin kita hadapi atau telah hadapi.

Senarai Semak 1 :Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder)

Umumnya, tanya pada diri anda….

1. Adakah anda secara konsisten berasa tertekan atau sedih, hampir sepanjang hari, hampir setiap hari, bagi dua minggu yang lalu?


ATAU / DAN

2. Dalam 2 minggu yang lalu, adakah anda kurang berminat terhadap kebanyakan hal atau kurang biasa menikmati hal – hal yang biasanya anda nikmati?

Jika YA bagi salah satu perkara di atas, tanya lagi diri anda, “Dalam 2 minggu yang lalu, apabila anda berasa tertekan

dan tidak berminat …

1. Adakah nafsu makan anda berkurang atau meningkat hampir setiap hari atau berat badan anda meningkat atau menurun tanpa bermaksud demikian? (misalnya, ± 5 % dari berat badan atau ± 3.5 kg untuk seseorang dengan b

erat 70 kg dalam sebulan)

2. Adakah anda mengalami kesulitan tidur hampir setiap malam (kesulitan untuk mula tidur, terbangun di tengah malam atau terbangun pada awal pagi, atau tidur berlebihan)?

3. Ad

akah anda bercakap atau bergerak lebih perlahan daripada biasanya, atau adakah anda gelisah, tidak tenang atau mengalami kesulitan untuk berduduk diam hampir setiap hari?

4. Adakah anda berasa penat atau tidak bertenaga, hampir setiap hari?

5. A

dakah anda berasa tidak berharga atau bersalah, hampir setiap hari?

6. Adakah anda berasa sukar untuk menumpukan perhatian atau mengambil keputusan, hampir setiap hari?

7. Adakah

anda berulang kali berniat untuk menyakiti diri sendiri, ingin bunuh diri atau terharap bahawa anda mati?

Sekiranya anda mengalami 3 daripada 7 gejala tersebut, anda KINI telah disahkan untuk mengalami Episod Tekanan Utama!

Maka tanya lagi diri anda…


1. Selama hidup anda, pernahkah anda selama dua minggu atau lebih berasa tertekan atau tidak berminat terhadap kebanyakan hal, dan mengalami masalah yang baru kita bincangkan?

2. Adakah anda tidak mengalami tekanan dan/atau kehilangan minat dalam solang waktu sekurang-kurangnya 2 bulan di antara episod terkini dan episod lalu anda?

Sekiranya YA bagi kedua-dua perkara di atas, maka anda sememangnya mengalami Episod Tekanan Utama pada masa lalu!

*Artikel akan datang : Senarai Semak Gangguan Panik.

ditulis oleh Nurul Hakimah Khairir

Gangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia


Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?


Jika YA, teruskan...

Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?

Jika YA, teruskan ...

Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :
Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?

Adakah anda gementar atau bergetar?

Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?

Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?

Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?

Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?

Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?

Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?

Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?

Adakah anda berasa akan mati?

Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?

Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?

Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA?
Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!

Baiklah, teruskan lagi ...

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan terhadap kejadian satu serangan lagi?

Jika YA...
Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!

* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia

Agorafobia (Agoraphobia)

Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk menghadapi keadaan itu?

Jika YA...
Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !



Artikel seterusnya, saya akan mengupas satu lagi topik senarai semak untuk anda iaitu Fobia Sosial. Nantikan.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, September 22, 2010

Assalamualaikum....

Astaga...pejam celik pejam celik, taw-taw dekat seta0n dah rasanya blog ni xupdate.
Aishhh...banyak betul sawang kt blog aku ni...fuh fuh fuh...habuk saja pon dh tebai (loghat kedah) berinci-inci. Sibuk punya pasai...nak setel mana yang lebih utama (malas sebenarnya, nk bagi alasan la tuh)..hehee...

Alhamdulillah...skg dah tamat belajaq. Abes bulan Jun 2010 baru2 nih. Dok tunggu konvo bulan April 2011 (lambat lagi)...huhuu

Sekarang dh dapat keja kat tempat praktikal dulu...kompeni tu namanya KISMEC (pusat kemahiran)...Alhamdulillah rezeki aku la tuh...Mula2 cadang nk sambung belajaq ngan member2 poli kt tempat praktikal aku 2 tp 'depa' col bagitaw da interview keja, s0 aku mai la mencuba naseb mana taw kot2 terpilih...hehee...At last mmg naseb aku baek sbb aku dpt keja kt situ sebagai pembantu teknikal.

Kepada Wunny n Safa s0wy ek aku xleh join belajaq skali ngan ampa. Kita dah plan nak study sama2 tp apakan daya, kita hanya boleh merancang tp Allah yang tentukan...maybe da hikmah yang kita sndri xtaw...

Hurmm keja dah dapat...pasni kena bagi komitmen keja lak (jangan curik tulang taw)...dulu dok berhempas pulas nak siapkan assignment, kadang tuh sampai xtid0 (wat keja last minute mcm 2 la jadiknya)... skg bleh la rileks2 pala otak nih wat sementara waktu...(da rezeki nak sambung study)

sekian dulu tuk update kali ni...insyaAllah jumpa lagi yer..^_^
///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart