Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, October 28, 2009

Ada 6 Pertanyaan Penting Untuk Anda...

Sekadar untuk berkongsi je...agak-agak korang bleh jawab tak soalan kat bawah ni...

ermm rasanya senang je...lets we try first..


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?


Nak tau jawapannya? baca seterusnya buat renungan kita bersama...InsyaAllah

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghozali bertanya,
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang ke dua.

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab Negara China, bulan,matahari,dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar.

Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu" . Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ke tiga.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawah gunung,bumi,dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Maka dengan itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan ke empat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan semua benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak biasa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang ke lima adalah,"Apa yang paling ringan didunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat" . Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia" . Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan renung-renungkan selalu....

Wasallam...




KENAPA PEREMPUAN CANTIK APABILA MEMAKAI TUDUNG??

1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG... ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung...sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA...JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..s.ebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"





sumber :
http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/kenapa-perempuan-cantik

Thursday, September 17, 2009

Ramadan dan Raya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum...
Syukur krn Allah maseh bg ksmptan untuk aku untuk bernafas dan melakukan ibadat puasa yang dah nak sampai ke penghujungnya...emm sedih c0z Ramadan dah nak tinggalkan kita...smoga segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan ini mendapat keberkatan dan fadilat yang telah dijanjikan n paling penting amalan yang dilakukan akan diterima n mendapat keampunan daripada-Nya..
Ku berharap dapat jumpa lagi Ramadan pada masa datang...Amin...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada kawan2 aku...

Mintak maap banyak2 kalo aku penah wat korang suma tersinggung n terasa ngan aku...halalkan pa2 kalo aku da terhutang ngan korang...n selamat balik kampong....Ati2 balik raya nanti....jaga diri ekkk...

ok la...cukup stakat ni...dah xtaw nak tulis pa......heheheee....jumpa lagi tuk posting akan datang....InsyaAllah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saturday, September 12, 2009

Sekadar Berkongsi Ilmu...

Ni artikel aku amek dari sumber yang boleh dipercayai and nak share ngan korang suma....ilmu yang baik lebih elok dikongsi untuk pengetahuan kita suma kan.....

First...Jangan simpan KUKU panjang....bahaya...ingat tu...

CINCIN N KUKU

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia ja..sunnah nabi jarang nak ikut...
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala....Percayalah...

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri...

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1) jari manis
2])jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari tengah @ jari telunjuk..

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang perempuan tua disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil perempuan tua itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah perempuan tua itu.

"Alangkah tak malunya perempuan tua ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, perempuan tua itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari perempuan tua itu. Sambil tersenyum perempuan tua itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi perempuan tua itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. "Berani sungguh perempuan tua ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah. Kedua-dua wanita dan perempuan tua itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. "Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan perempuan tua itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap perempuan tua itu. Perempuan tua itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebena

Friday, September 11, 2009

naK tAw TaK aPa KeLebiHaN mAnuSia bErbaNding MaLaikat?? Baca la ni...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal......"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam....

p/s : Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..

PeNdAHuLuAn DrpD AkU...

Assalamualaikum kepada sesapa yang tengah tengok blog aku ni terutamanya budak2 klaz aku....Saja ja try gatai2 nak wat blog ni c0z member2 klaz aku ramai yang dah wat blog sniqi....So, aku nak gak....mana bleh ketinggalan zaman. Mesti la kena ikut perkembangan teknologi zaman sekarang yang dah makin maju ni kan...

Ermmm...aku sendiri pon tak tau nk tulis pa dalam blog yang aku dah create nih.....yang pastinya aku akan tulis pasal nostalgia zaman kanak-kanak dulu...hehee...time sekolah n sampai la time skang ni yang ngah sambung pengajian kat politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau....aku akan citer pasal gelagat kengkawan aku masa kat poli ni....Nanti dah dapat masuk U bleh la aku citer pasal kengkawan kat sana plak...

Haa....lagi satu aku akan tulis ja pa yang aku rasa nak tulis...berkaitan pelajaran aku ke, pasal artikel berunsur keagamaan ke & pa2 ja yang aku leh kongsi ngn korang suma...yang penting blog aku ni ada isi....daaa...

Anyway...thnx c0z sudi view my blog....
Have A Nice Day!!!!



///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart