Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, March 28, 2011

Info Penting Berkenaan Kesan Radiasi Nuklear Jepun.

Meh aku nak kongsi sikit pasai kesan radiasi nuklear kat Jepun 2...setakat ni Paras radioaktif di perairan Jepun meningkat semalam...Loji nuklear Daiichi, Fukushima bocor akibat gempa bumi...sama2lah kita berdoa agar semuanya selamat dan kesan 2 tak merebak jauh sampai ke Malaysia ni...

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, jika seseorang itu mengalami pendedahan radiasi yang banyak di antara : -

  • 50 hingga 100 millisievert, mangsa akan mengalami perubahan bahan kimia dalam darah.
  • 100 ke 500 millisievert, dia akan berasa mual atau loya.
  • melebihi 500 sehingga 700 millisievert Seseorang itu akan muntah-muntah jika terkena pancaran radiasi tersebut.
  • 700 ke 750 millisievert rambut akan gugur dalam tempoh hanya dua hingga tiga minggu jika terkena radiasi.
  • 750 hingga 900 millisievert, pesakit akan mengalami cirit-birit.
  • 900 hingga ke 1,000 millisievert pendarahan akan berlaku apabila seseorang itu terkena pendedahan bahan radiasi
  • 1,000 hingga 4,000 millisievert. Kematian boleh berlaku dalam tempoh dua bulan jika seseorang itu terdedah pada radiasi jika tidak mendapatkan rawatan.
  • 4,000 hingga 10,000 millisievert akan menyebabkan Dinding usus rosak, pendarahan dalaman bakal berlaku dan seseorang itu boleh mati dalam tempoh di antara satu hingga dua minggu jika terdedah pada pancaran radiasi.
  • 10,000 hingga 20,000 millisievert pula Pendedahan radiasi yang tinggi akan menyebabkan kerosakan sistem saraf tunjang dan boleh membawa maut hanya dalam tempoh masa beberapa jam.


sumber info : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Post a Comment

///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart