Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, December 9, 2010

Senarai Semak 4 : Fobia Sosial

Di dalam artikel Senarai Semak 1 : Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder) di mana menerangkan mengenai gejala-gejala pesakit yang sering mengalami tekanan. Dan di artikel Gangguan Panik dan Agoraphobia merupakan senarai semak 2 dan 3 yang menerangkan simptom-simptom gangguan panik.

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda takut atau berasa malu diperhati, dijadikan penumpuan atau takut dipermalukan? Ini termasuk keadaan seperti bercakap di depan orang awam, makan di tempat awam atau bersama orang lain, menulis sambil diperhati oleh orang lain, atau berada dalam keadaan sosial.

ATAU / DAN

Adakah ketakutan ini berlebihan atau tidak beralasan?

ATAU / DAN

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya atau menderita?

DAN

Adakah ketakutan ini mengganggu pekerjaan atau fungsi sosial anda atau menyebabkan tekanan yang ketara?

Jika YA untuk SEMUA di atas…

Maka anda kini menghadapi Fobia Sosial!

Fobia sosial jika dilihat dari sudut keseluruhannya adalah tidak begitu membahayakan tetapi ia memberikan pengaruh besar terhadap kehidupan pesakit tersebut. Kualiti pekerjaan dan kehidupan seharian amatlah bergantung lepada sejauh mana keberkesanan seseorang untuk berkomunikasi atau bersosial dengan orang disekelilingnya. Maka, jangan malu untuk mendapatkan rawatan sekiranya anda adalah salah seorang yang mengalami Fobia Sosial ini!

Artikel ditulis oleh Nurul Hakimah Khairir.

rujukan : http://psipum.org/senarai-semak-4-fobia-sosial-social-phobia/

No comments:

Post a Comment

///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart