Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, December 9, 2010

Senarai Semak 1 : Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder)


Adakah anda sedar bahawa anda mungkin mengalami masalah mental? Sekiranya anda mempunyai sejarah latar belakang masalah mental seperti Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder), Gangguan Panik (Anxiety Disorder), Agorafobia, Fobia Sosial, Gangguan Obsesi-Kompulsi (Obssesive Compulsive Disorder) dan lain-lain, anda bungkin mengalaminya tanpa anda sedari!

Maka, sempena 10 Oktober 2010 : Hari Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia, mari kita sama-sama melihat senarai semak masalah-masalah kesihatan mental yang mungkin kita hadapi atau telah hadapi.

Senarai Semak 1 :Episod Tekanan Utama (Major Depressive Disorder)

Umumnya, tanya pada diri anda….

1. Adakah anda secara konsisten berasa tertekan atau sedih, hampir sepanjang hari, hampir setiap hari, bagi dua minggu yang lalu?


ATAU / DAN

2. Dalam 2 minggu yang lalu, adakah anda kurang berminat terhadap kebanyakan hal atau kurang biasa menikmati hal – hal yang biasanya anda nikmati?

Jika YA bagi salah satu perkara di atas, tanya lagi diri anda, “Dalam 2 minggu yang lalu, apabila anda berasa tertekan

dan tidak berminat …

1. Adakah nafsu makan anda berkurang atau meningkat hampir setiap hari atau berat badan anda meningkat atau menurun tanpa bermaksud demikian? (misalnya, ± 5 % dari berat badan atau ± 3.5 kg untuk seseorang dengan b

erat 70 kg dalam sebulan)

2. Adakah anda mengalami kesulitan tidur hampir setiap malam (kesulitan untuk mula tidur, terbangun di tengah malam atau terbangun pada awal pagi, atau tidur berlebihan)?

3. Ad

akah anda bercakap atau bergerak lebih perlahan daripada biasanya, atau adakah anda gelisah, tidak tenang atau mengalami kesulitan untuk berduduk diam hampir setiap hari?

4. Adakah anda berasa penat atau tidak bertenaga, hampir setiap hari?

5. A

dakah anda berasa tidak berharga atau bersalah, hampir setiap hari?

6. Adakah anda berasa sukar untuk menumpukan perhatian atau mengambil keputusan, hampir setiap hari?

7. Adakah

anda berulang kali berniat untuk menyakiti diri sendiri, ingin bunuh diri atau terharap bahawa anda mati?

Sekiranya anda mengalami 3 daripada 7 gejala tersebut, anda KINI telah disahkan untuk mengalami Episod Tekanan Utama!

Maka tanya lagi diri anda…


1. Selama hidup anda, pernahkah anda selama dua minggu atau lebih berasa tertekan atau tidak berminat terhadap kebanyakan hal, dan mengalami masalah yang baru kita bincangkan?

2. Adakah anda tidak mengalami tekanan dan/atau kehilangan minat dalam solang waktu sekurang-kurangnya 2 bulan di antara episod terkini dan episod lalu anda?

Sekiranya YA bagi kedua-dua perkara di atas, maka anda sememangnya mengalami Episod Tekanan Utama pada masa lalu!

*Artikel akan datang : Senarai Semak Gangguan Panik.

ditulis oleh Nurul Hakimah Khairir

No comments:

Post a Comment

///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart