Sekadar Berkongsi Ilmu =)

create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, February 11, 2011

Apa itu NARKOLEPSI??

Assalamualaikum...entry kali ni adalah 1st update tuk bulan Februari nih...

Aku nak kongsi ngan korang artikel yang aku baru baca kat newspaper Kosmo...agak menarik gak tajuk kali ni, NARKOLEPSI iaitu penyakit gangguan tidur, penghidap penyakit ini akan menderita kerana tidak dapat menahan rasa mengantuk dan akan tertidur bila-bila masa saja tak kira apa yang mereka sedang lakukan, samada tengah makan, dok study atau kerja..

Nak tau lebih lanjut, sila baca yer..



Simptom

Beberapa minit kemudian, lelapnya sudah mencapai tahap lena. Selepas satu jam tidur, Melinda akan mengalami mimpi seram, mengingau lalu menjerit.

Menurut ibunya, Irene Tan, Melinda pada asalnya tidak begitu. Malah, dia seorang yang sangat suka belajar.

kanak-kanak yang menghidap narkolepsi, Melinda Tan Hui Ming, meraih 7A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni.

Masalah itu hanya dialami bermula tahun lalu semasa kanak-kanak itu berada dalam tahun 5.

“Saya tidak pasti bagaimana ia bermula kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Cikgunya kata dia malas sebab kerap tidur di dalam kelas.

“Mula-mula saya fikir, adakah anak saya stres sebab nak masuk tahun enam, tapi setelah saya melakukan kajian di Internet dan melihat simptomnya, saya mengesyaki anak saya menghidap penyakit narkolepsi.


“Saya merujuk kepada pakar neurologi kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras dan daripada simptom yang ditunjukkan, Melinda disahkan menghidap narkolepsi,” ujarnya yang tidak menyangka anak perempuannya itu mampu mendapat 7A.

“Saya pernah kata kepadanya, tidak mengapa kalau tak dapat A tapi dia marah dan menyifatkan saya memandang rendah kepadanya,” kata Irene.

Menurut doktor yang dirujuk Irene, antara simptom narkolepsi ialah kerap tidur pada waktu siang iaitu purata setiap dua jam dan tidur malam yang diganggu mimpi ngeri.

Selain itu, otot tubuh juga menjadi lemah dan itu boleh dilihat pada rahang Melinda yang semakin renggang.

Presiden Masalah Tidur Malaysia (SDSM), Profesor Dr. Syed Hassan Ahmad mengakui penyakit ini jarang berlaku di negara ini.

Perangkaan dalam kajian di luar negara pula menunjukkan kadar berlaku adalah di antara 0.02-0.16 peratus dalam kalangan orang dewasa.

Dikatakan, penyakit ini lebih agak lazim berlaku di negara maju seperti Jepun.

Stanford School of Medicine di California melaporkan setiap seorang daripada 2,000 rakyat Amerika menghidap narkolepsi.

Namun, penyakit ini lebih kerap menyerang golongan yang lebih muda seperti remaja.


Gangguan

Menurut Syed Hassan, narkolepsi adalah salah satu daripada pelbagai gangguan tidur.

Individu yang mengalaminya tidak terdaya menahan rasa mengantuk dan mereka akan terus tertidur di mana saja tanpa mengira apa yang sedang mereka lakukan.

Ia boleh terjadi secara tiba-tiba sama ada semasa makan, bercakap, menulis atau berdiri.

Apabila berlaku, individu terlibat akan rebah secara mengejut kerana kuasa otot-otot tidak berkesan. Selepas tertidur, mereka akan sedar semula seperti biasa.

“Dalam masa serangan, pesakit boleh mengalami persepsi luar biasa seperti halusinasi. Tetapi ia bukan penyakit sawan atau gangguan minda,” katanya.

Beliau yang tidak pernah berjumpa dengan pesakit seperti itu memberitahu, penyakit ini biasanya lebih kerap dirujuk kepada pakar neurologi.

Katanya, penyakit ini ada kaitan dengan kekurangan neurotransmiter hipokretin iaitu sejenis kimia dalam otak yang ada hubung kait dengan sistem saraf.

Tambahnya, rawatan dengan ubat-ubatan modafinil mungkin dapat membantu mengawal simptom penyakit itu.

sumber rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm



No comments:

Post a Comment

///////untuk cursor jd icon Purple Spinning Heart Within A Heart Purple Spinning Heart Within A Heart